Diari Hamil


Assalamualaikum...

Memandangkan ini adalah pengalaman aku yang pertama jadi aku memang rajin update. Kadang tu aku suka baca blog lain yang ada pengalaman lebih tentang pregnant. Syukur sangat sebab blog-blog tu banyak membantu . Tak tau boleh google je kan?

Ini adalah kehamilan yang kedua selepas keguguran pada tahun 2013 pada bulan december. Sedih tu memang sedih tapi aku redha. Bila Allah kata belum lagi maknanya belum ada rezeki lagi. Selepas keguguran aku cuma pergi scan sekali je sebab sakit perut sangat. Tapi doktor bila scan doktor kata memang dah takde apa-apa. Dah keluar semua. Jadi dia suruh aku rehat je.

Aku betul-betul ikut nasihat doktor sebab rata-rata aku jumpa semua doktor cakap tunggu 3 kali period baru boleh merancang untuk ada baby balik. Memang doktor kata nanti takut kali kedua kalau hamil dalam masa terdekat rahim lemah lagi. Pantang pun seminggu je. Makan pun pantang jugak tak de lah makan yang pelik atau tajam. Tapi aku tak de lah merancang cuma aku teringin sangat sebab dah hampir 3 tahun kahwin tapi kami buat endah tak endah je. Usaha pun penting juga kan. ehehehe...

Lepas beberapa bulan aku amalkan makan asid folic, makan setiap hari. Aku amalkan juga makan madu asli dari kampung. Supply dari kawan mak aku. Rasa dia masam manis. Sedap ! Susu pun minum susu dutch lady. Campur madu dan susu. Satu lagi cara kalau nak tahu waktu subur cuba try OPK (ovulation test). Ini pun aku try jugak guna dalam seminggu tu memang keluar double line menandakan waktu subur. Cuma nak tahu yang mana satukah hari nya. Jadi kalau line tu pekat memang hari yang kita test tu ataupun ke esok kannya.

Masa raya jun 2014, aku buat pregnancy test. Alhamdulillah ada 2 line. Seronok kan perasaan tu bila tengok 2 line? kalau ada satu line mesti pujuk diri sendiri. Tak pe cuba lagi. tak de rezeki. haha



Jadi aku harap boleh share experience aku tentang awal dari aku hamil dan harapnya aku boleh complete sehingga third trimester. Amin.

Diari Hamil
  1. Pengalaman Keguguran
  2. 5 Tanda-tanda Awal Hamil
  3. Pengalaman Trimester Pertama
  4. Hiperemesis Gravidum
  5. Daftar Buku merah
  6. Rasa pergerakan baby dalam kandungan
  7. Pengalaman second Trimester
  8. Mengira pergerakan baby
Okay,Thank you for reading my entri.

Much Love,


0 comments:

Post a Comment