Sunday 18 January 2015

Checklist persiapan barang baby : new born


Assalamualaikum..

Bulan january ni dah masuk 7 bulan ( sekarang ni dah 28 minggu), so orang kata dah boleh buat persiapan barang baby. Mak pesan jangan beli banyak baju,katanya baby cepat besar. Dia suh beli sikit-sikit je. Aku pun memang tak ada langsung buat persiapan. Baju baby, barang mandian , tempat tidur dan lain-lain. Memang tak ada idea langsung tentang persiapan barang baby walaupun hampir 2 bulan lagi untuk bersalin. (takutnya..)

Ini pertama kali kan nak bersedia jadi parents, dulu bergantung dekat mak dengan abah kita je. So bila dah ada anak tak tahu la feeling dia macam mana.

Aku mula la google pasal checklist untuk newborn baby. Memang ramai blogger yang bagi tips dan checklist tapi tak ramai yang cakap berapa helai nak beli. Aku sangat-sangat la keliru. Berapa nak pasang nak beli agaknya. So, aku pun cedok dari blogger sana dan blogger sini . Setakat ni, aku baru senaraikan beberapa kategori. Akhirnya dapat list sendiri. 

Checklist persiapan barang baby:

Untuk Baby -
      
Kategori 1: (Pakaian)
  • Baju lengan pendek 
  • Seluar pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar panjang
  • Baju lubang-lubang(lengan Panjang & pendek)
  • Seluar lubang-lubang (panjang & pendek)
  • Rompers
  • Mittens
  • booties
  • Topi
Kategori 2 : (Bathing)

# Update soon.

tak sabar nak jugak publish walaupun tak siap lagi. haha..maafkan daku!!


Much love,


0 comments:

Post a Comment