Monday 19 January 2015

Mengira pergerakan baby



Assalamualaikum....

Hari khamis lepas, macam biasa ada appoinment dekat klinik kesihatan. Sampai je dah kena panggil nama sebab appointment pukul 3petang, terus kena timbang berat (ohmaigad! berat naik!) . Lepas timbang kena buat test untuk urine test dan darah untuk HB.

Masa dalam bilik pemeriksaan tu, misi cakap okay belaka dan dia dah start suruh kira pergerakan baby. Berapa kali baby mula tendang, berpusing, tak kisah la asalkan kita dapat rasa dia bergerak. Misi kata hanya ibu je yang dapat rasa. (wahh kembang kuncup misi cakap macam tu). Rasa bersyukur sangat sebab boleh rasa macam mana baby bergerak dalam perut. Kalau baby tak bergerak atau tak cukup 10 kali selepas 9 malam kena terus pergi Hospital.

Masa awal mengandung dulu aku cuba google macam mana lah rasa baby bergerak . Sama atau tak macam apa yang aku rasa. Aku start boleh rasa masa minggu ke 17 tak silap aku, Rasa tu macam dia sedu. Tersedu -sedu, lebih lagi kalau aku bangun pagi memang rasa mcm tu. Klik link ni, untuk previous entri tentang pergerakan baby dari minggu ke minggu.


Sekarang ni dah 29 minggu. Siap boleh rasa dia bergerak dan berpusing. Kadang tu teringin nak pergi scan. Nak tengok dia buat apa. Kan? Kadang tu aku cakap dengan husband yang dia bergerak tu macam kat mesin kerusi urut tu. Alah yang macam bebola dalam kerusi urut tu. Ha! Macam tu lah perasaan dia. Cuma yang ni rasa baby bergerak dalam perut kita. Bergolek dalam perut!


Kena kira pergerakan baby dari pukul 9 pagi sampailah 9 malam sebanyak 10 kali. Misi kata kita akan rasa dia bergerak dalam satu masa maknanya kira sebagai 1 kali. Kemudian baby bergerak lagi maknanya itu pergerakan kali ke 2. Cuma yang aku konpius kalau baby tu mengeras macam mana? Ada yang cakap kira je. Sekarang ni dah nak dekat minggu ke 30, aku rasa baby macam dok regangkan tangan atau kaki dia. Sampai terasa kuat kat perut ni. Dulu kecik lembut je, sekarang dah besar ni hmm..sampai terkejut ibu dia.

Ada sekali dua tu rasa dia bergerak pada waktu malam dan sangat aktif tapi bila siang hari ya Ampun nak kena gosok perut dan pujuk dia atau cakap dengan dia dulu baru la terasa sikit pergerakan baby tu. (kenapa la anak ibu macam ni yer..) . Risau jugak sebab dah nak pukul 9 malam dia asik slow je. Sampaikan orang kata minum ais suruh dia rasa terkejut dan dia akan bergerak. Kalau ayah dia usap perut ibu dia lagi lah tak bergerak langsung. (dia merajuk kot. ..haha)

Okay, thank you for reading my entry!!

Much Love,



0 comments:

Post a Comment