Friday 2 January 2015

Best Moment in 2014


Assalamualaikum...

Hari ni dah 2/1/2015, tapi aku nak flashback balik untuk tahun 2014 dalam satu post.Ringkasan untuk tahun 2014 sahaja. Ada jugak yang tak masukkan. Kebanyakan gambar dari memori handphone, InsyaAllah kalau ada yang terlepas akan aku cuba masukkan balik. So here is my best moment in 2014. AMARAN !! Banyak gambar dalam post ni, so pada sesiapa yang internet lembap tu ucapkan bye-bye je! ^,^

Laketoba,Indonesia





Pecutian yang sangat singkat, 3hari 2 malam. Perkara yang paling tak boleh di lupakan adalah our luggage hilang. yang mana pakaian semua ada dalam tu. ye kami laki bini kehilangan luggage. tunggu punya tunggu tak ada! muka dah cuak semacam. husband pun dah bengang je. Tapi sedapkan hati je. Nanti dah sampai kampung tuk tuk boleh beli baju baru. Alhamdulillah sampai sana kitaorang beli baju baru. Tour guide bagitau kena tawar 50% dengan orang batak ni. 


Travel to Kuantan,Pahang




Travel dengan bas pergi Kuantan, Pahang untuk kenduri kahwin cousin husband. First time pergi naik bas, lagipun memang banyak benda yang berlaku. Masa bertolak pergi aku dengan husband naik cab tapi sampai Pudu TIKET bas HILANG. Ya Allah!! memang gelabah giler al maklumla dah tengah malam. Then beli tiket baru dan bertolak pukul 12 malam. Sampai Kuantan dalam pukul 4 pagi. Naik pulak cab nak pergi ke hotel. Tapi pakcik teksi tu bawak pusing-pusing bandar kuantan 3,4 kali entah kat mana tempat tu dia pun tak tahu. Pastu husband suruh stop je kat tepi bank tak silap dan suruh parents dia ambik. Nasib sampai jugak walaupun dah pagi buta. 

Lepas kenduri kahwin, pergi jalan-jalan ke Teluk Cempedak. YES, pertama kali juga sampai ke sini. Seronok tengok pemandangan dan lain-lain lagi. So, kat situ memandangkan aku tak bawa baju lebih , aku beli baju kaftan 2 helai RM 30. Sampai sekarang pakai. Pastu tengok adik ipar buat henna, which is my favorite! so, aku pun buat jugak! Teringat masa kahwin dulu...memang suka sangat buat henna. Memori yang tak dapat di lupakan aku terlupa bawak Eyeliner. Bayangkan foundation dan bedak semua bawak tapi eyeliner je tak bawak! Apa lah ! nasib adik iparku jenis yang comel dan cantik nie bagi pinjam! Tenkiu dear!

Birthday mak dengan adik.





Masa birthday adik aku weolls pergi secret recipe je. Kononnya nak buat birthday sekali dengan akief (cousin). So sebabkan nak bajet beli 1 slice kek untuk 2 orang. Choc indulgence dengan red velvet. Pastu tomyam kung makan dan kongsi 4 orang. Bajet sangat kan? hahaha

Birthday mak pun sama pergi secret recipe juga. This time pergi dekat pj old town secret recipe tapi masa ni ada isu air. Jadi dorang tak dapat serve tomyam kung. Disebabkan nak bawak juga mak makan tomyam kung so weolls pergi dekat amcorp mall secret recipe, Alhamdulillah ada! btw Sorry zakur gambar kau tak ada!

Happy Mother's Day





11 May, Hari Ibu. Weoll anak-anak tak pernah buat yang special untuk mak so ni kali pertama bawak dia pergi makan untuk hari ibu. Macam merajuk juga, anak-anak tak buat apa. Hehe..so jangan tunggu sampai mak merajuk! Mula tu nak ajak makan dekat seoul garden. Tapi dah pukul 9 malam kan. macam tak berbaloi je bayar rm50 seorang untuk 1 jam lebih lagi nak tutup kedai. Betul tak? Lagipun mak kata dia tak minat pergi situ. fancy sangat agaknya! Alih-alih weoll pergi dekat Bulgogi Brother's je. Makan daging grill jugak. Perghh sedap

Selamat hari raya!




Bulan Puasa tak silap aku dengan husband balik awal kampung. Balik naik flight (air asia), tapi dalam pukul 2 pagi macam tu kot dengar berita psal MH 17. Terkejut sangat! Ingatkan flight kitaorg delay ke apa ke. Alhamdulilah tak. btw masa pergi ke KLIA 2 dan sampai ke kelantan pun aku cepat penat dan letih. Tidur je. agaknya itu memang dah tanda awal pregnant kot. Masa pergi terawih pun aku cepat mengah.

Lepas raya, Untuk Bulan Ogos dan seterusnya selepas aku pregnant memang dah jarang berjalan. Lagi-lagi bila dah admit hospital. Sedey tau..kita pun nak berjalan-jalan jugak!

Akan bersambung..InshaAllah---> untuk update gambar baru !

p/s : x minta izin pun dari tuan punya diri dalam gambar ini untuk di upload kan. harap maafkan daku. kalau uoll tak suka bagitahu ehh...Suka pun bagitau jugak...

Terima Kasih sudi baca !

Salam Sayang,



0 comments:

Post a Comment