Sunday 7 December 2014

Kurang air : Hiperemesis gravidarum


As Salam

Amboi tajuk kemain. Hipermesis gravidarum,nak sebut pun susah. hihihi.. Sebenarnya nak story pasal Hipermesis gravidarum. Macam mana boleh aku terkena dan sampai boleh warded.


Apa itu hiperemesis gravidarum?


Menurut babycenter.com , Hiperemesis gravidarum secara literalnya bermakna "muntah berlebihan semasa hamil". Hiperemesis bermula awal, biasanya sebelum minggu kelima kehamilan. Ia mungkin berkurangan sekitar minggu ke-16 dan berakhir sekitar minggu ke-20. Kadang-kala ia berlarutan hingga minggu ke-22, atau ia boleh berterusan sepanjang kehamilan. Mujurlah ini jarang berlaku, terutamanya jika anda dapatkan bantuan dan rawatan dari awal. 

Hiperemesis bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Ia berlaku dalam kira-kira 0.5 hingga 2 peratus kehamilan dan merupakan sebab yang paling biasa wanita hamil dimasukkan ke wad semasa awal kehamilan, dan biasanya diberi rawatan untuk dehidrasi (kehilangan banyak air dalam badan)

Kesan hiperemesis


Hiperemesis mengambil alih kehidupan anda, membuatkan anda keletihan, tertekan dan tidak dapat menikmati kehamilan anda. Hubungan dengan suami juga mungkin terjejas. Anda mungkin merasa bersendirian dan murung, sementara suami pula merasa seperti diketepikan. 

Mungkin sukar bagi anda menjaga diri sendiri atau keluarga, dan perkara-perkara kecil seperti mandi, memandu atau berbelanja kadang-kala mustahil untuk dilakukan. 

Hiperemesis boleh meninggalkan kesan jangka panjang. Pengalaman ini mungkin terlalu sukar bagi anda sehingga anda tidak mahu memikirkan untuk hamil lagi bagi jangka masa yang panjang.

CREDIT : babycenter

Pengalaman masuk hospital

8 September 2014-Isnin

Masa tu bulan september, masa tu birthday aku. Walaupun adik-adik dan cousin aku buat surprise dan siap beli kek tapi aku tak makan sebab muntah. Dah beberapa hari muntah dan tak makan langsung. Minum pun tak. Macam-macam aku cuba minum contoh air limau dan slurpee. Aku minum tapi lepas tu muntah balik. Semua sekali. Perut pula tak rasa nak makan. Biar kosong je sebab tak lalu nak makan. Berat pun rasa dah turun. Ececehh..perasan lebey. hihi 

9 September 2014-Selasa
Pergi klinik kerajaan kononnya nak buat Buku Merah. Tapi nurse bagitau suruh datang pukul 2 sebab ramai sangat orang. Waktu tu aku rasa letih dan kosong sangat. Masa balik suruh hubby beli air asam boi. Bila minum rasa sedap sangat. Mungkin dah lama tak minum kot. Tapi lepas seketika semuanya keluar balik. hmm. Petang tu hujan dan cancel pergi KK. Malam tu dari pukul 8 malam sampailah ke esokkan harinya semua yang aku minum keluar balik. Ajak hubby pergi klinik je esok. Sebab dah letih sangat. 

10 September 2014--Rabu
Petang, pukul 3 pergi klinik Othman, doctor bagitau suruh pergi Klinik kesihatan atau pergi Hospital. Aku tak nak lah pergi ke hospital kalau boleh. Tapi aku ajak hubby pergi hospital terus. Masa tu tak payah cakap rasa dahaga sangat-sangat. Kalau boleh nak minum air banyak-banyak. Haus !! 
Sampai hospital dah bagitau apa masaalahnya dan bila nama aku di panggil masuk untuk jumpa doctor aku rilek je. Nurse ambil darah pastu minta air kencing. Nurse tu pun test air kencing aku pastu terus dia kata. Ini dah teruk ni. Positive 4++ . Itu yang aku dengar. tak paham pun. Dalam setengah jam masuk air, hampir terlelap juga aku. Dengar sayup-sayup macam ada orang panggil nama aku. Aku pun jawab "Ye saya". Rupanya nurse tu panggil nak bagitau "awak masuk wad ye". 
Aku agak tentu husband aku terkejut sebab isteri dia kena masuk ward. Hmm dok sorang la dia. Risau jugak aku. Apetah lagi family aku mesti terkejut juga sebab cakap nak pergi klinik je alih-alih masuk wad.

11 September,Khamis - 12 September-2014,Jumaat
Esok pagi doctor datang check. Urine test setiap 4kali sehari kena buat. Masa doctor check yang aku tau ketone aku tinggi so kena dok hospital lagi sebab badan aku dehidrate. Kurang air. Tiap-tiap hari minum air. Rupanya masa kat hospital yang satu bilik dengan aku tu 4 orang. Semua nya macam aku jugak. Dehidrate masa pregnant. Tapi ada yang masuk sehari esok dah boleh balik. Tskkk.. Ketone dia rendah. Aku masih lagi 4++. Sedih betul. Sejak masuk hospital memang 1 perkataan yang aku faham sangat untuk keluar hospital. Ketone.

13 September 2014 -Sabtu
Waktu ni doctor cakap ketone aku waktu pagi tinggi lagi, 3+. Tapi semalam ketone rendah 1+. Sebab tu doctor decide boleh balik. lagipun lama kot aku dok hospital. 4 hari 3 malam. Boring....serius memang macam org sakit...  Waktu confirm boleh balik memang call hubby suh ambik terus. Tapi apa pun thank you so much my beloved hubby & my family too sebab dtg tengok aku dekat hospital. 

Diet plan untuk Hiperemesis gravidarum

Pengajaran yang aku dapat :

  1. Kalau muntah kena minum air banyak. Aku lepas balik minum 2liter sehari. Ais langsung tak minum. Cuma minum air kosong.
  2. Buah kena makan 2kali sehari. Lunch dengan dinner.
  3. Tak boleh makan makanan berlemak.
  4. Tak boleh makan makanan yang berminyak.
  5. Elakkan minum susu ketika perut kosong
  6. Sediakan biskut atau roti ditepi katil.
  7. Jangan biarkan perut lapar

Terima Kasih,






^^ Terima Kasih & Semoga Bermanfaat untuk anda juga! ^^




2 comments:

Mira Mengomel said...

Masuk hospital mana ye masa kena HG

Mira Mengomel said...

Masuk hospital mana ye masa kena HG

Post a Comment