Wednesday 31 December 2014

Pengalaman Second trimester

As Salam

Alhamdulillah nak dekat penghujung second trimester . Wahh tak sangka cepat betul masa berlalu. Ni dah masuk 3rd trimester. Sekarang ni dah 27 minggu, itu pun tak ramai yang tahu aku pregnant sebab ramai cakap perut aku kecik. Tak berapa nampak. Lagipun dari dulu lagi memang baju aku banyak yang loose. Nak cover perut buncit. wahaha 

Untuk second trimester ni aku banyak jugak sakit yang aku merasa. Kata husband "Awak ni banyak penyakit, antibodi lemah". Kata dia semalam.  Tacing tau kita dia cakap macam tu. Scan pun belum lagi. So tak tahu jantina baby, lelaki atau perempuan. Ada yang firasat tu kata boy n ada yang cakap girl. 

Alahan untuk second trimester ni contohnya ;

  • Kembung perut - dari awal aku pregnanti lagi dah selalu kembung perut. malam je mesti sakit sebab perut dah masuk angin. Tapi masuk untuk pertengahan lagi teruk bubuh minyak pun sakit lagi. Ada sekali dua aku minum air teh o panas. Lepastu keluar lah angin dia. Tapi dengar kata tak elok minum teh o kalau perut angin.
  • Gastrik - ermm gastrik baru je kena. Mungkin sebab makan lambat atau pun makan pedas. Urgh aku mana boleh hidup tak makan ada cili. btw rasanya tu bukan penyebab kot. Gastrik jadi tengah malam tiba-tiba je perut sakit dan rasa heart burn dekat dada. Sakit sangat sampai rasa sesak nafas. Dalam 2 hari jugak aku tahan sebab dah tengah malam mana nak cari klinik bukak? so hari ke 3 kebetulan kena petang sampai menangis jugak la. Last-last jalan kaki pergi klinik. 
  • Pening - Pening bukan sebarang pening tapi lebih kepada sakit kepala. Ingatkan migrain tapi rupanya pening disebabkan cermin mata. Doctor kata kalau pregnant memang macam tu. So pergilah kedai cermin mata. Kat situ dia check mata dan betulkan spek sekali. 
  • Muntah- Selalunya sebab makan lewat dan perut dah kosong. Bila makan dan tak hadam pastu terus keluar balik. 
Alahan untuk sepanjang trimester kedua tak ada lah memanjang. Kalau pening tu dalam seminggu tu je pening dan kalau muntah hari tu je lah muntah. Gastrik pun kalau makan ubat dan jaga makan inshaalah takkan ada problem.

Cabaran yang paling aku hadapi masa trimester kedua ni ialah:

  • Demam 
  • Sakit tekak,telinga
  • Cirit birit
  • Selsema
Kalau dah ada penyakit macam kat atas ni selalunya doktor akan cakap awak mengandung jadi ubat saya bagi yang biasa je. Takut effect untuk baby kalau bagi dos yang kuat. Waktu aku demam hampir seminggu lebih memang down sangat. kejap sejuk dan kejap panas. Tak pe lah orang kata kalau sakit ni penghapus dosa kecil kan.

Ragam masa mengandung :

  • Selfie - Aku suka selfie. Sampai dorang ni suka sangat ejek aku selfie sebelum mengandung. Bila dah mengandung tengok muka dalam cermin pun tak nak. selfie lagi lah nyampah rasa. Dekat instagram memang cuma ada gambar makanan dan makanan dan lain-lain. tapi yang pasti bukan aku.
  • Makeup - Percaya atau tidak makeup pouch pun aku tak peduli. Entah letak kat mana. Omg! Dulu benda paling aku sayang bb cream aku. Pantang nampak etude house mesti masuk. tengok ada sale untuk makeup terus pergi. Sekarang? Lalu je. Tengok kedai pun muak.
  • Perfume - Aku suka perfume. Lagi-lagi pergi bodyshop lagi aku suka. My favourite. Tapi sekarang? aku cuma memilih cuma nak satu je bau perfume. Yang lain in MY DREAM.
  • Skincare - Sebelum mengandung guna simple skincare. Lepastu tukar pakai Bamboo daripada the face Shop. Then guna etude house MILKY. Sekarang? x guna apa-apa. Muka pun dah naik jeragat. ish maluuu
  • Contact lens - Dulu keluar je pergi jalan mesti pakai lens. tak boleh tak pakai. Macam dah jadi benda wajib. Sekarang? Contact lens pun dah letak mana. Kalau boleh tak nak pakai pun. Malas. T_T
  • Sensitif - Lebih suka nangis dari melawan. Kalau gaduh je aku cepat menangis. kadang-kadang menangis tak kena tempat. Masuk bilik nangis. Bukannya orang tahu pun. Apela...
Sehingga sekarang aku tertanya adakah aku mampu untuk jadi diri sendiri masuk 3rd trimester? Benda-benda yang aku minat sebelum mengandung semua dah berkubur. Tak minat belaka. Cuma baru-baru ni je boleh pakai skincare. Itu pun pencuci muka je. what to do?

Vitamin
  • Asid folic - Untuk di awal kehamilan aku makan asid folic. Memang tak lupa makan. Lagipun kecik je kan ubatnya. 
  • Zincofer - Masuk trimester kedua nurse cakap baby dah besar jadi awak kena tukar ubat lain. Makan obimin atau zincofer. Kebetulan klinik tu ada zincofer je. Dia kata zincofer lebih baik dari obimin. sebab banyak air la ape la. act aku jarang makan sebab besar sangat dan buat aku muntah. 

Pergerakan baby

Setakat ni belum lagi kena suruh kira berapa kali baby tendang dan sebagainya. Dengar kata kena kira la ape la. Mula-mula tak tahu lagi yang baby ni suka sedu tau. Bila dah lama baru perasan kalau pagi mesti dia sedu. Adui rasa kelakar dan cute pun ada. Kesian anak ibu dia sedu! Malam tu bila nak tidur masa tu lah dok rasa dia aktif bergolek sana sini. Tak sabar nak pergi scan. Hmm kalau ayah dia bawak pergi klinik swasta dah lama boleh tengok baby. Baju pun tak beli lagi!!



Terima kasih sebab sudi baca.!



Saturday 20 December 2014

Pepper Lunch


As Salam

Kalau bercakap pasal makanan mesti meleleh air liur kan bila teringat kan makanan? Semua nya sedap tak kira lah fast food ke asalkan boleh makan. Yummy! Okay la this time aku nak story pasal makan dekat pepper lunch. 

Mula-mula tu dekat foodcourt mid valley aku tengok dorang nie dok tengah makan dalam kuali panas. Pegghh nampak sedap je. Waktu tu tak tahu apa benda. Ok! Batak disitu. Entah macam mana tergerak hati nak pergi salah satu stall kat foodcourt tu dan itulah first time makan "Beef Pepper rice". Sedap sangat. dahla makan panas-panas siap ada sup pulak tu. Waktu tu aku beli termasuk tax cuma RM10.50. 

Nie menu dekat Pepper lunch :



Baru-baru nie aku dengan husband pergi makan Pepper Lunch dekat Sunway Piramid. Lebih kurang 2 kali jugak la pergi makan. Aku order macam biasa "Beef Pepper rice" dan husband "Curry rice with chicken and mushroom".  Tapi dekat piramid lain sikit kalau nak sup kena tambah rm6 sekali dengan air.





Kalau nak try makanan jepun dan konsep dia DIY boleh la datang dekat Pepper lunch. Setakat yang aku pergi cuma dekat Midvalley dan sunway piramid.

Lebih lanjut boleh klik link kat bawah:


Terima Kasih,


Friday 19 December 2014

Rasa pergerakan bayi dalam kandungan

As salam

Pergerakan bayi dalam rahim

Rasanya ramai ibu hamil seronok kan dapat rasa pergerakan baby dalam perut. Pertama kali aku dapat rasa tak silap masa minggu ke 17 atau ke 18. Selalu dapat rasa waktu malam bila nak tidur.Tapi bila dah minggu ke 24 ni rasa baby bergerak lagi kuat. Kejap belah kanan pastu bila malam rasa belah kiri. Ada sekali tu rasa macam di tendang je. Kadang tu ada jugak terfikir "macam ni ke rasa baby bergerak dalam rahim?" Confused pun ada.

Makin lama rasa makin kuat rasa baby bergerak. Agaknya apa la yang dibuat. First time tu aku rasa macam ada gelembung angin kat perut. Rasa perlahan je,tapi kerap pada waktu malam.



Banyak yang aku tak tahu tentang pergerakan baby masa dalam perut. Jadi sambil tengah google jumpa artikel best dari baby center. Dekat babycenter banyak pertanyaan yang aku tak tahu dah terjawab. Alhamdulillah.

Soalan-soalan lazim yang akan kita tanya seperti :


  1. Bilakah kita akan rasa baby bergerak?
  2. Apa yang sedang baby buat ketika di dalam perut?
  3. Bagaimana pergerakan dari minggu ke minggu?


Bilakah kali pertama saya dapat merasa bayi saya bergerak?

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. Jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, mungkin mengambil masa bagi anda untuk mengenalpasti bahawa sensasi seolah-olah ketukan lembut dari dalam perut itu adalah sebenarnya pergerakan bayi anda. Anda mungkin akan mula menyedarinya kira-kira dalam minggu ke-18 dan minggu ke-20, atau lebih lambat daripada itu.

Jika anda sudahpun mempunyai anak, anda pasti tahu tanda-tandanya. Anda mungkin mula menyedari pergerakan bayi anda kira-kira di antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.


Apakah yang sedang dibuat oleh si kecil di dalam perut?
Imbasan ultrabunyi (ultrasound) boleh menunjukkan apa yang sedang dibuat oleh bayi anda. Kebanyakan pergerakan bayi bermula lama sebelum anda menyedarinya:

  • Pada minggu ketujuh hingga minggu kelapan, bayi anda mula membuat pergerakan am, seperti membengkokkan badan ke tepi dan bergerak apabila terkejut.
  • Pada kira-kira minggu kesembilan, bayi anda mula mengalami sedu, menggerakkan tangan atau kaki dengan sendiri, menghisap dan menelan.
  • Pada minggu ke-10, dia boleh melentur dan memalingkan muka, mengangkat tangan untuk menyentuh mukanya, menganga dan mengeliat.
  • Pada minggu ke-11, dia boleh menguap.
  • Pada minggu ke-14, dia boleh menggerakkan matanya.
Secara beransur-ansur, pergerakan bayi anda menjadi cukup kuat untuk anda merasainya. Tidak lama selepas itu, anda akan kerap merasa dia mengetuk atau menendang apabila dia meregangkan tangan dan kakinya.

Bayi anda tidak akan bergerak sepanjang masa sebab, seperti anda juga, ada masa-masanya dia hanya mahu berehat dan tidur. Menjelang penghujung kehamilan, dia akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang, kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.


Bagaimanakah pergerakan bayi saya dari minggu ke minggu?
Anda tidak akan dapat merasai kesemua pergerakan bayi anda. Sesetengah pergerakan berlaku sekejap sahaja dan tidak sempat untuk anda merasainya. Anda lebih berkemungkinan merasai pergerakan-pergerakan yang berlangsung lebih daripada beberapa saat. 

Berikut ialah panduan mengenai pergerakan apa yang dijangka anda boleh merasanya dan bila:

Dari minggu ke-20 hingga ke-24
Aktiviti bayi anda akan bertambah secara beransur-ansur dari minggu ke minggu. Ketika ini, anda akan menyedari bahawa bayi anda lebih aktif pada siang hari di mana dia banyak membuat pergerakan menendang dan balik kuang (somersault).

Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Anda mungkin mula menyedari apabila bayi anda mengalami sedu. Apabila ini berlaku, anda akan rasa seperti tersentak-sentak. Karung amnion (ketuban) anda pada ketika ini mengandungi sebanyak 750ml cecair yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Anda juga mungkin menyedari bahawa dia akan terkejut apabila mendengar bunyi kuat secara tiba-tiba.

Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan kecil yang lebih mantap, disebabkan dia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda. 


Pada minggu ke-32 
Anda mungkin menyedari pergerakan bayi anda memuncak ketika ini. Selepas ini, jumlah pergerakan yang anda rasa akan berkurangan. Ini adalah normal kerana dia tidak mempunyai banyak ruang untuk bergerak.


Mulai kira-kira minggu ke-36 
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama kerana otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasa pada peringkat ini ialah pukulan tangan dan kaki bayi, dan dia juga akan membuat tendangan kuat yang agak memeritkan pada tulang rusuk anda. 

Sekiranya ini bukan kehamilan anda yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh anda dijangka bersalin. 


Dari minggu ke-36 hingga ke-40 
Badan bayi kini lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi menghisap jari dan jika jarinya terlucut, anda akan merasa pergerakan yang pantas dan perit. Ini kerana dia sedang memusingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk mencari jarinya semula! 

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang. Sebaliknya, anda mungkin akan rasa tendangan kuat dari dalam rangka rusuk anda pada sebelah bahagian. Pergerakan yang semakin berkurangan ini adalah perkara biasa, tetapi jika anda bimbang mengenainya, jumpalah doktor anda.

Mulai sekarang, bayi anda sudah tetap pada posisinya dalam pelvis anda dan sedang menunggu masa untuk membuat perjalanan keluar. Anda mungkin rasa kepalanya seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis anda. Jika bayi anda tidak berada dalam posisi kepala di bawah, baca lebih lanjut tentang bagaimana meletakkan bayi ke posisi terbaik untuk kelahiran.

Ada masanya bayi akan tidur dan ada masanya dia sangat aktif. Dia mungkin aktif menjelang waktu malam ketika anda baru berbaring untuk tidur. Corak aktiviti ini mungkin akan berterusan sehingga usia bayi tiga minggu, iaitu sehingga dia dapat membezakan di antara malam dan siang.


CREDIT TO  : http://www.babycenter.com.my/a1028705/pergerakan-bayi-dalam-kandungan

Terima Kasih,






^^ Terima Kasih & Semoga Bermanfaat untuk anda juga! ^^

Sunday 7 December 2014

Daftar Buku Merah


As Salam

Masa aku pregnant around 10 weeks, mak cik aku tanya dah buat buku ke? Aku nih pulak jenis tak faham kenapa lah kena buat buku tu. Penting sangat ke?

Soalan yang aku sering tertanya pasal buku merah ni macam-macam. Contohnya:

Kenapa buku merah di panggil "BUKU MERAH?"

Apa kegunaan buku merah?

Kenapa kena daftar buku merah bila pregnant?

Bila Waktu yang sesuai untuk daftar buku merah?

Jadi mengikut blog mamalolapapabobo :

** Kegunaan : 
Buku ini lah menempat kan segala perkembangan kesihatan untuk ibu dan bayi selama sembilan bulan. Maka amat penting untuk mengadakan buku pink@merah nie. Ape yg terjadi akan direfer di buku nie. Masa nak deliver nanti DOkter akan rujuk buku nie kos kite maybe x kan bersalin dengan dokter yang sama yg checkup kite okehh.. Even sekarang mane2 klink swasta or kerajaan dah gune sistem buku nie.
** Bila : 
Selalu nye pihak klinik akan suruh buat bile usia kandungan tiga bulan keatas.. start from tiga bulan keatas, biase nye akan diaaaadakan checkup bulanan or monthly checkup. so mcm saya agak2 dah tiga bulan tu, sy pergi terus ke kaunter klinik AN-NUR HASANAH bangi dan cakap saya nak buka buku merah… maka segala info kite akan dimbil dan dicatat kan dalam buku tu…..

**Dimana??? :

 Okeh skunk nie kite boleh buat kat klinik swasta or klinik kerajaan.. terpulang… dua2 x de masalah..  beza nye cume :
Kerajaan -
  • Menunggu lama lah skit kan
  • tp free
  • and boleh bersalin swasta and kerajaan
Swasta :-
  • X de lah menunggu nie.
  • layanan pun baik
  • tp bayau lah dalam RM70 -100 untuk one appoitment
  • Nak bersalin mane2 pun x pew. ma dah call hospital putrajaya.. katenye asalkan ade buku merah… diorg lg best x penuh KKAI diorg. hhehehe
CREDIT TO : http://mamalolapapabobo.wordpress.com/2013/01/16/buku-pinkmerah-pemeriksaan-bulanan-ibu-mengandung/


So bila dah faham apa kegunaan buku merah bila mengandung boleh la terus buat.Untuk daftar buku merah kenalah pergi ke klinik kesihatan yang dekat dengan kita. Masa aku buat soalan pertama yang mereka tanya "rumah kat mana?". Pastu bila boleh baru boleh daftar.

First time buat memang rasa gugup. Lagi-lagi kita orang baru. Dengar cerita setiap bulan pergi kena ambik darah dengan air kencing. Tapi alhamdulillah klinik dekat tempat aku nurse dia memang baik-baik. Takde lah kerek semacam yang aku dengar.

Untuk orang baru daftar macam aku kena ambil darah dengan air kencing.

Masa masuk jumpa nurse tu dia banyak bagi advise pasal :

  • If berdarah kena pergi hospital
  • Tak boleh buat kerja berat
Masa first time jumpa nurse, dia tanya macam-macam soalan:

Awak ada asma ke?

Parents ada kencing manis? darah tinggi?

Bila tahu yang both parents aku ada kencing manis terus dia suruh next appoinment minum air gula. Aduhai first time kena minum air gula.

Next appointment kena minum air gula.

Terima Kasih,







^^Terima Kasih & Semoga bermanfaat untuk semua^^

Kurang air : Hiperemesis gravidarum


As Salam

Amboi tajuk kemain. Hipermesis gravidarum,nak sebut pun susah. hihihi.. Sebenarnya nak story pasal Hipermesis gravidarum. Macam mana boleh aku terkena dan sampai boleh warded.


Apa itu hiperemesis gravidarum?


Menurut babycenter.com , Hiperemesis gravidarum secara literalnya bermakna "muntah berlebihan semasa hamil". Hiperemesis bermula awal, biasanya sebelum minggu kelima kehamilan. Ia mungkin berkurangan sekitar minggu ke-16 dan berakhir sekitar minggu ke-20. Kadang-kala ia berlarutan hingga minggu ke-22, atau ia boleh berterusan sepanjang kehamilan. Mujurlah ini jarang berlaku, terutamanya jika anda dapatkan bantuan dan rawatan dari awal. 

Hiperemesis bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Ia berlaku dalam kira-kira 0.5 hingga 2 peratus kehamilan dan merupakan sebab yang paling biasa wanita hamil dimasukkan ke wad semasa awal kehamilan, dan biasanya diberi rawatan untuk dehidrasi (kehilangan banyak air dalam badan)

Kesan hiperemesis


Hiperemesis mengambil alih kehidupan anda, membuatkan anda keletihan, tertekan dan tidak dapat menikmati kehamilan anda. Hubungan dengan suami juga mungkin terjejas. Anda mungkin merasa bersendirian dan murung, sementara suami pula merasa seperti diketepikan. 

Mungkin sukar bagi anda menjaga diri sendiri atau keluarga, dan perkara-perkara kecil seperti mandi, memandu atau berbelanja kadang-kala mustahil untuk dilakukan. 

Hiperemesis boleh meninggalkan kesan jangka panjang. Pengalaman ini mungkin terlalu sukar bagi anda sehingga anda tidak mahu memikirkan untuk hamil lagi bagi jangka masa yang panjang.

CREDIT : babycenter

Pengalaman masuk hospital

8 September 2014-Isnin

Masa tu bulan september, masa tu birthday aku. Walaupun adik-adik dan cousin aku buat surprise dan siap beli kek tapi aku tak makan sebab muntah. Dah beberapa hari muntah dan tak makan langsung. Minum pun tak. Macam-macam aku cuba minum contoh air limau dan slurpee. Aku minum tapi lepas tu muntah balik. Semua sekali. Perut pula tak rasa nak makan. Biar kosong je sebab tak lalu nak makan. Berat pun rasa dah turun. Ececehh..perasan lebey. hihi 

9 September 2014-Selasa
Pergi klinik kerajaan kononnya nak buat Buku Merah. Tapi nurse bagitau suruh datang pukul 2 sebab ramai sangat orang. Waktu tu aku rasa letih dan kosong sangat. Masa balik suruh hubby beli air asam boi. Bila minum rasa sedap sangat. Mungkin dah lama tak minum kot. Tapi lepas seketika semuanya keluar balik. hmm. Petang tu hujan dan cancel pergi KK. Malam tu dari pukul 8 malam sampailah ke esokkan harinya semua yang aku minum keluar balik. Ajak hubby pergi klinik je esok. Sebab dah letih sangat. 

10 September 2014--Rabu
Petang, pukul 3 pergi klinik Othman, doctor bagitau suruh pergi Klinik kesihatan atau pergi Hospital. Aku tak nak lah pergi ke hospital kalau boleh. Tapi aku ajak hubby pergi hospital terus. Masa tu tak payah cakap rasa dahaga sangat-sangat. Kalau boleh nak minum air banyak-banyak. Haus !! 
Sampai hospital dah bagitau apa masaalahnya dan bila nama aku di panggil masuk untuk jumpa doctor aku rilek je. Nurse ambil darah pastu minta air kencing. Nurse tu pun test air kencing aku pastu terus dia kata. Ini dah teruk ni. Positive 4++ . Itu yang aku dengar. tak paham pun. Dalam setengah jam masuk air, hampir terlelap juga aku. Dengar sayup-sayup macam ada orang panggil nama aku. Aku pun jawab "Ye saya". Rupanya nurse tu panggil nak bagitau "awak masuk wad ye". 
Aku agak tentu husband aku terkejut sebab isteri dia kena masuk ward. Hmm dok sorang la dia. Risau jugak aku. Apetah lagi family aku mesti terkejut juga sebab cakap nak pergi klinik je alih-alih masuk wad.

11 September,Khamis - 12 September-2014,Jumaat
Esok pagi doctor datang check. Urine test setiap 4kali sehari kena buat. Masa doctor check yang aku tau ketone aku tinggi so kena dok hospital lagi sebab badan aku dehidrate. Kurang air. Tiap-tiap hari minum air. Rupanya masa kat hospital yang satu bilik dengan aku tu 4 orang. Semua nya macam aku jugak. Dehidrate masa pregnant. Tapi ada yang masuk sehari esok dah boleh balik. Tskkk.. Ketone dia rendah. Aku masih lagi 4++. Sedih betul. Sejak masuk hospital memang 1 perkataan yang aku faham sangat untuk keluar hospital. Ketone.

13 September 2014 -Sabtu
Waktu ni doctor cakap ketone aku waktu pagi tinggi lagi, 3+. Tapi semalam ketone rendah 1+. Sebab tu doctor decide boleh balik. lagipun lama kot aku dok hospital. 4 hari 3 malam. Boring....serius memang macam org sakit...  Waktu confirm boleh balik memang call hubby suh ambik terus. Tapi apa pun thank you so much my beloved hubby & my family too sebab dtg tengok aku dekat hospital. 

Diet plan untuk Hiperemesis gravidarum

Pengajaran yang aku dapat :

  1. Kalau muntah kena minum air banyak. Aku lepas balik minum 2liter sehari. Ais langsung tak minum. Cuma minum air kosong.
  2. Buah kena makan 2kali sehari. Lunch dengan dinner.
  3. Tak boleh makan makanan berlemak.
  4. Tak boleh makan makanan yang berminyak.
  5. Elakkan minum susu ketika perut kosong
  6. Sediakan biskut atau roti ditepi katil.
  7. Jangan biarkan perut lapar

Terima Kasih,






^^ Terima Kasih & Semoga Bermanfaat untuk anda juga! ^^




Thursday 4 December 2014

Pengalaman 1st Trimester

As Salam

Untuk trimester pertama aku banyak rehat dekat rumah. Husband pulak tak bagi aku kerja. Boring pun ada lah  juga. Ye lah, dok rumah je. Tapi untuk trimester pertama ni memang betul-betul penangan mabuk hamil. Banyak sangat yang aku rasa..antaranya:

Mabuk Hamil Trimester pertama

  • Cepat Letih
Kebetulan masa ni baru lepas raya Puasa. Mak pulak buat open house kat rumah. Aku apa lagi memang tak de mood langsung nak tolong. Asik letih memanjang. Rasa macam bukan diri sendiri. Bila orang datang rumah aku tak sapa pun sebab letih dan asik tidur je. Memang tak larat. Kaki pula pakai stokin setiap masa.
  • Pening dan sakit kepala
Ada orang kata bila pregnant dia dah tak sakit kepala atau rasa pening walhal sebelum mengandung dia memang ada migrain. tapi macam aku memang asik pening je. Nak concentrate pun susah sebab pening tu memang ada. Sakit kepala ada tapi jarang la. Selalunya ubat pening ialah tidur.
  • Loya dan Muntah
Aku muntah kadang-kadang je. Selang dalam 2-3 hari okay. Lepas tu muntah balik. Lepastu okay balik. On off gitew. Yang pasti bau cat dan dan paling tak suka bau sabun mandi lifeboy. Busuk sangat! minyak wangi pun tak boleh tahan. 
  • Lidah Pahit
Lidah pulak dari awal dapat tahu mengadung asik pahit je. Memang dah tak tahu nak makan apa. Try makan asam, gula-gula, buah mangga. Tapi semua sama je. Lidah tetap pahit.
  • Tiada Selera Makan
Bila asik muntah memang tak de selera makan. Berat badan pun susut. Memang boleh rasa berat turun sebab tak lalu makan. Makan pun sikit je. Walhal sebelum ni melantak kemain. hehe.

  • Gastrik dan angin
Bila tak makan je mesti angin. Sakit sangat perut sebab dah gastrik. Minum susu pun muntah. 

  • Sembelit
Susah nak buang air sebab aku muntah teruk dan makan pun tak mahu. Minum pun kurang . Buah pun tak makan. Mak kata makan betik baru senang. Tapi last sekali jumpa doctor je. Bagi ubat n makan. Lepastu rajin-rajin la makan buah.


  • Keputihan
Bab ni memang teruk. Keputihan yang sangat teruk sampaikan kena pakai pad. Tapi nasibla tak gatal. Cuma keputihan yang kuat. Jadi kena lah rajin basuh dan cuci bersih. Pakai pun seluar pun jenis yang serap peluh.


Dehirasi Ketika Hamil

Ketika hamil 10 minggu aku muntah teruk. Makan dan minum memang tak lalu. Kalau boleh makan tu memang tak nak. Kadang-kadang rasa tak makan pun tak apa sebab rasa kenyang. Tapi aku haus dan bila minum air kosong mesti muntah balik. 

Masa tu bulan september, yer lah bulan birthday aku,8 september. Time ni aku dah rasa letih dan senyum pun lebih kurang je sebab rasa tak sihat. Adik-adik dengan sepupu sambut jugak birthday aku. Siap beli kek dan hadiah. happy sangat.

Esok tu nak pergi buat buku merah/pink tapi last-last tak jadi buat sebab petang tu hujan. Aku pulak tengok orang pregnant dekat klinik tu tak menangis sakit macam aku pun. Agaknya aku yang manja  kot.

Lusa, malam tu aku muntah dan muntah. 3 hari dah tak makan dan minum. Semuanya keluar balik. Pergi klinik petang tu. Doctor advise suruh pergi hospital. Sampai hospital kena ambik darah dan air kencing. Tengah-tangah masuk air tu tetiba nurse cakap kena masuk wad. terkejut aku padahal datang nak ubat dan balik je. Sambung story dekat next post. 

Masa dekat hospital doctor banyak advise antaranya:

  1. Minum air 8 gelas sehari
  2. Makan Buah-buahan
  3. Nasi dan Sayur ambil sama portion.
  4. Jangan minum susu waktu perut kosong.

Nak baca tentang bahaya dehidrasi boleh klik link di bawah.


Terima Kasih,



^^ Terima Kasih & Semoga Bermanfaat untuk anda juga! ^^

5 Tanda-tanda Awal Hamil


Assalamualaikum...

My second pregnancy.

Hari ni nak story pasal second pregnancy.
Actually bila org tanya "ni 1st pregnant ke?"
Aku jawab "Yer"
   Sebabnya sebelum ni kan miscarriage so tak derlah aku anggap macam pregnant. Bole pulak kan.

First time test UPT masa lepas raya. Alahai baru jer lepas sehari dari tarikh period. Tapi dah tak sesabar nak test. Sebabnya macam dah rasa pregnant. Hubby pun beli UPT dekat watson. Esok tu bila test pepagi lagi nampak Double Line. Masa tu memang happy,terkejut,happy,terkejut, happy happy. Hehe. tak reti lah nak describe macam mana. Ingat pagi tu mamai p test sebabnya masa aku drop urine kat alat tu sikit x keluar apa pun. Blank. Panic jugak ingatkan rosak. So aku pun dropkan lagi beberapa titik. Masa tu laju je jalan tak yah tunggu seminit dua memang dah nampak double line. JELAS. Alhamdulillah.



My Plan before pregnant

Sebelum pregnant pun aku memang dah hampir 2 bulan juga makan asid folic. Hampir setiap hari lepas berbuka je aku makan. Memang tak lupa. Masa tu teringin sangat nak ada baby. Kalau boleh biar lah ada isi. Sebab dah 3 tahun kahwin asik-asik muka aku dengan husband je. Aku cuma makan asid folic dengan amalkan madu. Sekali sehari. Kadang-kadang tu minum juga susu full cream . Doctor dari klinik pun advise aku kalau nak pregnant amalkan makan madu.

Tanda tanda awal hamil yang aku rasa sama je dengan first pregnant.

Tanda-tanda Awal Hamil :

1. Sakit dan tegang buah dada
yang nie memang sebelum dari tarikh period lagi dah start sakit. Sakit sangat sampai kena letak minyak angin. Ingatkan lepas dari tarikh period tu dah kurang sikit sakitnya. Rupanya masih sama.

2. Cepat Letih dan mengantuk
Penat bila berjalan. Sedangkan baru berjalan sikit dan terasa mengah. Nafas tu rasa tercungap-cungap. Padahal baru berjalan dari rumah ke bus stop. Keje aku asik ngantuk je,kalau boleh nak tidur. Kadang-kadang tu boleh terlelap sendiri sebab ngantuk sangat.

3.  Lidah pahit
Pelik sangat bila lidah rasa pahit. Makan apa pun tetap rasa lidah pahit. Minumlah apa pun hasil tetap sama. Lidah rasa pahit. Ada jugak try kunyah gula-gula. Tapi sama je.

4. Rasa Lapar
Bab lapar nie memang ler asik lapar memanjang. Masa tu bulan puasa. Dah berbuka tapi malam tu mesti nak makan lagi sebab lapar sangat.

5. Tak Boleh Bau Busuk
Deria bau memang tak boleh dinafikan sebabnya aku memang tak boleh benda yang busuk. Contohnya macam bau longkang. Hmm sedangkan husband aku tak bau apa-apa pun tapi aku sebatu lagi dah bau. Bau Cat pun bagi aku sangat busuk. Ada jugak rasa loya nak muntah tapi masa ni awal lagi jadi belum lah nak muntah tu.

Terima kasih,





^^ Terima Kasih & Semoga Bermanfaat untuk anda juga! ^^

Tuesday 15 April 2014

Makaroni goreng

Makaroni goreng

Bahan-bahan:
  • Makaroni (1 paket)
  • Daging/ayam kisar (brand ramly)
  • Tomato (2 biji)
  • Lada benggala ( hijau dan merah)
  • Udang (10 ekor)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap manis atau masin
  • Sos prego (3sudu besar)
  • Bawang (1 labu)
  • Cili kering (1 genggam)

Cara-cara:
Makaroni
Rebus makaroni dalam air sehingga masak. Kalau tak cukup air tambahkan. Dah masak macaroni tapis untuk di keringkan.

Tumis
Bawang merah dan cili kering di blend kemudian di tumis ke dalam kuali .
Masukkan sos cili, sos tomato, sos prego dan kicap untuk perasa. Tambahkan garam sedikit.
Masukkan daging/ayam kisar. Tumis sehingga daging nampak masak.
Masukkan makaroni yang telah ditapis tadi.
Udang yang telah disiang. Boleh letak dan gaulkan bersama makaroni.
Potong lada benggala (ikut suka bergantung cara makan)
Potong tomato (ikut suka bergantung cara makan )
Kalau ada sayur (kobis or sawi) boleh letak sekali.
Gaulkan sehingga rata dan sayur menjadi layur. Kemudian boleh tutup api dan hidangkan.
P/s: jika tak cukup sos boleh tambah kan lagi.

Monday 14 April 2014

Daging masak singgang

Daging masak singgang

Bahan-bahan

Daging (1/2 kilo)
Bawang merah
Bawang putih (4ulas)
halia (1/2 inci)
Cili kering (2 keping)
Asam keping (1pcs)
Air
Garam

Cara - cara
Daging dipotong dibersihkan dan kemudian masukkan ke dalam periuk dan masukkan air.
Tutup dan Rebus sehingga daging empuk.
Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian masukkan ke dalam periuk.
Potong cili kering dan masukkan bersama asam keping dan tambah garam untuk perasa.
Pastikan daging empuk dan lepas 10 minit boleh tutup api.

Sunday 13 April 2014

Resepi Sup Ayam


Sup Ayam

Bahan- bahan :

- Ayam
- Bawang Merah (blend)
- Bawang Putih (blend)
- Halia (Blend)
- Kayu manis (tak nak letak pun boleh)
- Sos Tiram
- Kentang (belah 4 atau ikut suka)
- Tauhu
- Minyak
- Garam
-  air (secukupnya)
- Limau nipis (jika perlu)
Daun bawang dan daun sup (potong nipis)

Cara-caranya :

Cara Perapan
- Gaulkan ayam bersama bahan yang dah diblend.
- Masukkan sos tiram secukup rasa.
- Gaul dan perapkan.

Tumis
- Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kulit kayu manis.
- Masukkan bahan yang dah diperap tadi.
- Kacau sehingga naik bau. 
- Apabila ayam sudah separuh masak boleh la bubuh air untuk jadikan kuah.
- Masukkan kentang secukupnya.
- Letak garam dan perisa lain.
- Masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong halus.
- Bila mendidih dah boleh tutup dan hidang.




love,


Tuesday 14 January 2014

Birthday Khalif ke 9


Sempena birthday bidin my little cousin yang ke-9 cadangnya nak pergi sunway piramid untuk cari kek. Tapi dah lapar sangat kitaorg pergi ke manhattan fish market. Aku pernah makan sebelum ni dekat manhattan fish market tapi tak sedap dan Sumpah tak nak makan lagi!

Tapi adek aku suruh cuba makan. Maybe hari tu aku makan fish and chips sebab tu rasa ikan dia very oily. Macam makan ikan direndam dengan minyak. So this time dia cuba makan ikan dory.


Di Manhattan Fish Market, Sunway Piramid.



Both of them Akif (Gambar kiri) dan Bidin (Gambar kanan) makan spaghetti ayam. Spaghetti sangat awesome! Portion dalam pinggan pun banyak tau. Patut Budak-budak beli 1 je and then kongsi. T_T


Cajun Chickie Marinara pasta. 
Ada banyak dish untuk pasta. Klik sini untuk tengok menu pasta.


Grilled Glory Dory (Gambar Kiri) dan Fiery Cherry Snapper with Mussels(Gambar Kanan)

 Boleh pilih nak portion nasi tuh banyak mana, jadi ambil regular kalau nak banyak dan sedikit je ambil light. Nak tengok apa lagi menu yang ada untuk grilled boleh klik sini .

Snapper fish atau dalam bahasa melayunya 'ikan jenahak' memang sedap sangat. Boleh rasa grilled dan nasi pun sedap. Pastu makan dengan sambal mussels(kupang) memang rasa kepedasannya. Sedap . Bak kata chef joe "Ikan tu dimasak dengan baik dan terasa kelembutannya disitu bila di makan". 
 Dengar kata ikan jenahak ini merupakan spesies ikan yang popular dikalangan pemancing ikan.Disebabkan oleh rasa isi ikan yang sedap dan nilai komersil yang tinggi dipasaran.

Dory fish pula dikatakan mempunyai banyak manfaat mengandungi omega 3. zat besi, magnesium,DHA&EPA dan sebagainya. Untuk orang yang mempunyai darah tinggi boleh makan ikan dory kerana boleh membantu menurunkan tekanan darah. Juga baik untuk mata,jantung,pencernaan dan otot. 

(Peace !!)



Happy Birthday to you.
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Noh Bidin...
Happy Birthday to you...!

"Semoga membesar dan menjadi anak yang soleh to your parents"
Lots of love, kak et.


Kek Beli dekat King's, PJ old town. Bagi aku yang kurang makan manis-manis ni okay jugak la rasa kek. Boleh tahan sedap. Tapi harga kek sekarang makin mahal kan? Hmm nak buat sendiri? Pernah buat sendiri Tapi kurang sedap. Kalau kek homemade ni aku kurang selera nak makan. (okay poyo sangat, Tolong jangan muntah ehh..sebab geli sangat dengar.) Kalau dekat PJ Old town ada pelbagai kedai kek dan roti contohnya seperti King's Bakery , Secret Recipe , Cherry's dan The Bakery's cottage.


Masa sampai dekat PJ adek aku nak potong rambut. So dah alang-alang menyeluk pekasam aku pun join sekali untuk potong dan cuci rambut. Tengah makcik ni syampu rambut dia gosok rambut adoi sakit rasa tahap nak tercabut kulit kepala. Sakit gilew. Tapi hasilnya lepas cuci rasa ringan dan lembut. Pergi salon untuk cuci dan potong rambut boleh hilangkan stress juga. Tapi terfikir sama ada nak pergi lagi ke kedai ni? 




#Terima Kasih Sudi Baca#

Monday 13 January 2014

Hello 2014 & overview 2013.

Happy New Year ! 2014 !! <-- okay tau...dah lewat kan nak buat entri. 

Wishlist for new year
1.Pregnant. (on top of my list)
2.Kerja (new job)
3.Rajin update blog
4.Rajin masak
5.rajin pergi surau (opss)
6.Surprise birthday gift untuk suami
7. Makan dekat Seoul Garden
8. Keluar dengan my BFF
9. Ganti Puasa (wajib. Jangan lupa!)
10. Nak pergi Running Man fan meeting (ok! ini Poyo!!)


Happy & sad moments of 2013


Ini masa hari mengundi bulan May. Terpisah kejap dengan suami.
Dia balik kampung untuk mengundi dan aku kat area rumah je. 

 Tak dapat dilupakan hari konvo adik aku. Memang semua sedondon kan?
haha..nampak cantik la pulak. Lepas je konvo dia bulan May esok hari aku demam. 
Demam virus kata doktor sampai kenja injection.Including my mum. -,-


Ini masa dinner kahwin dekat Shangrila hotel. First time pergi dan terakhir kot. 
Makanan memang 5 star la. Smokey duck la, salmon la dan lain-lain. 

Our second anniversary. Cake just for both of Us.

Birthday suami. Konon surprise la ni. Actually hadiah biasa je. 

Lepas raya. Dapat kerja dan early december resign. Banyak dapat belajar. 
 Enhance in Excel dan dapat belajar tulis resign letter dengan efficient. 
Okay dan tak lupa dengan tulis resume dengan lebih baik dari sebelumnya. 
I'm a job hunter now!

Dugaan. Mak masuk hospital sebab sakit fibroid. Kena bedah. 
Doktor cakap fibroid tu lebih kurang besar kepala baby masa lahir. 
Hopefully nanti nak buat entri pasal fibroid. 

My Birthday gift. Tak pernah rasa happy macam ni. Mula-mula pergi makan dekat Kenny & Rogers lepastu baru pergi jalan-jalan. Thank you to you hubby. 




#Terima Kasih Kerana Membaca#

Salam Malidur Rasul

Salam Maulidur Rasul...

Esok surau dekat area rumah aku buat perarakan sekeliling taman. 
Rasa nak join je. Mesti ramai. Esok tengok kat luar rumah je la. 
Tadi ada aku baca tentang maulidur rasul dekat blog iniSelawat dan salam sejahtera pada nabi Muhammad s.a.w.
Berbaloi untuk baca untuk orang yang kurang pengetahuan macam aku ini.

Dari Facebook Ustazah Siti Nor Bahyah:




allahhuma solli ala sayyidina muhammad.wa'ala sayyidina muhammad..




 #Terima Kasih Kerana Baca#

Pengalaman Keguguran

As Salam

Turutan pengalaman Keguguran 

14 November 2013, KHAMIS- disahkan pregnant oleh doktor
Bila period lambat dah tentu aku risau. Selalnya disebabkan stress. Jadi aku pun tunggu seminggu lewat dari tarikh period baru check upt. Dulu pernah cuba juga tapi negative. Konon tak nak hampa la ni. Esok malamnya pergi beli alat upt dekat farmasi dengan suami. Pagi keesokannya sebelum pergi kerja aku check. Bila masuk bilik air berdebar debar takut. (Perasaan tu sama macam perasaan takut bila exam tak baca apa-apa lagi.) Bila check tengok confirm double line. Perasaan tu tak tahu nak digambarkan macam mana. Rasa happy dan takut pun ada. Kejutkan suami bangun dan bagitahu dia. Suami cakap jangan excited sangat takut fake result je.  Petang tu balik kerja pergi beli alat UPT lagi. Sampai 2 beli. Sebab tak percaya punya pasal! Bila check masih lagi double line. So esoknya jumpa doktor. Barulah boleh terima. Jadi tersengih sampai malam. 

(amek kau sampai 3. Gatal sangat tak percaya!)

(Dapat MC pun suka jugak. hhuhhu)


19 November 2013,SELASA - Bleeding untuk kali pertama
Malam. Dalam pkul 7 lebih masa pergi toilet tiba-tiba tengok ada warna coklat. Keluar sikit-sikit. So, aku risau sangat dan bercadang nak pergi klinik. Tanya dekat mak dengan chesu apa pendapat mereka. So memang mereka suggest untuk pergi klinik check disebabkan bleeding. Masa rasa kecewa sangat sebab tak tahu apa yang menyebabkan bleeding ni. Dalam pukul 8 lebih baru lah pergi cari klinik. Masa tu memang tak tahu nak pergi klinik mana sebab  kena scan. At last jumpa klinik ni, Klinik pakar wanita sri manja. Bila dah masuk jumpa doktor dia suruh scan. Lepas scan dia kata nampak kantung tapi janin punya heartbeat tak ada. Doktor cakap macam 5minggu dan kecik sangat. Tapi aku risau sebab sepatutnnya dah nak dekat 7minggu. Doktor cuma bagi ubat untuk kuatkan rahim dengan injection.

20 - 22 November 2013 - MC
Bleeding slowly berkurangan.

26 November 2013, SELASA - Appoinment kali ke kedua
Pukul 9 malam. Bila masuk bilik jumpa doktor dan dia tanya masih bleeding ke which aku jawab dah tak ada. Bleeding dalam 5 hari sahaja. Jadi doktor cuma kurangkan pengambilan ubat yang mana dari makan 3 kali sehari jadi 2 kali sehari. Masa scan rahim tu doktor kata masih lagi nampak janin dalam 5 minggu. Dia suruh datang lagi dalam 2 minggu lagiNak dijadikan cerita masa on the way balik dari klinik tu aku rasa tak sedap je. So dah sampai rumah check terus spotted warna coklat. owh no! bleeeding again!

3 December 2013,RABU - disahkan gugur.
Seminggu kemudian, aku datang klinik sebab masih lagi bleeding dan tidak berhenti. Hari isnin tu dah bleeding lagi teruk. Sebab dah keluar macam merah-merah sikit. Orang kata kalau gugur keluar macam isi ikan tu. Bila jumpa doktor , dia dah bagitahu ubat untuk kuat rahim tu sebenarnya kita dah takkan bleeding lagi. So doktor kata maybe threatened abortion. Bila scan dan dia bagitau yang janin tu dah kecut sikit dari minggu lepas. Terus dia cadangkan untuk buat d&c. Aku dan suami tergamam juga masa tu. Terkejut tapi nak buat macam mana.Redha je. Kalau hidup pun katanya nanti baby tak sihat.

5 December 2013,JUMAAT - Gugur
Malam. Pukul 7 lebih aku rasa dah tak sedap badan. Satu hari duduk dalam selimut je. Kalau boleh badan nak panas je. Aku tak pergi mana-mana duduk dalam bilik. Dalam pukul 8 lebih masa aku bangun tidur. Duduk kejap pastu nak pergi toilet. Masa nak pergi toilet tu la keluar ketulan darah. Besar juga. Takut dan sangat sakit masa tu. Suami pegang tangan dan aku memang dah menangis. Lepas masuk toilet rasa tak sedap kat bahagian rahim tu dan keluar ketulan darah macam isi ikan. Sakit tak payah cakap la. Memang sakit. Nasib suami boleh ambil dan letak dalam plastik untuk ditanam esok harinya.

Informative Blog
Masa aku bleeding aku banyak search dekat google. Jadi pengalaman mereka yang di tulis di blog memang sangat membantu. kat bawah ada disertakan dengan link blog:


Terima Kasih,






#Terima Kerana Sudi Membaca#