Monday 19 January 2015

Mengira pergerakan baby



Assalamualaikum....

Hari khamis lepas, macam biasa ada appoinment dekat klinik kesihatan. Sampai je dah kena panggil nama sebab appointment pukul 3petang, terus kena timbang berat (ohmaigad! berat naik!) . Lepas timbang kena buat test untuk urine test dan darah untuk HB.

Masa dalam bilik pemeriksaan tu, misi cakap okay belaka dan dia dah start suruh kira pergerakan baby. Berapa kali baby mula tendang, berpusing, tak kisah la asalkan kita dapat rasa dia bergerak. Misi kata hanya ibu je yang dapat rasa. (wahh kembang kuncup misi cakap macam tu). Rasa bersyukur sangat sebab boleh rasa macam mana baby bergerak dalam perut. Kalau baby tak bergerak atau tak cukup 10 kali selepas 9 malam kena terus pergi Hospital.

Masa awal mengandung dulu aku cuba google macam mana lah rasa baby bergerak . Sama atau tak macam apa yang aku rasa. Aku start boleh rasa masa minggu ke 17 tak silap aku, Rasa tu macam dia sedu. Tersedu -sedu, lebih lagi kalau aku bangun pagi memang rasa mcm tu. Klik link ni, untuk previous entri tentang pergerakan baby dari minggu ke minggu.


Sekarang ni dah 29 minggu. Siap boleh rasa dia bergerak dan berpusing. Kadang tu teringin nak pergi scan. Nak tengok dia buat apa. Kan? Kadang tu aku cakap dengan husband yang dia bergerak tu macam kat mesin kerusi urut tu. Alah yang macam bebola dalam kerusi urut tu. Ha! Macam tu lah perasaan dia. Cuma yang ni rasa baby bergerak dalam perut kita. Bergolek dalam perut!


Kena kira pergerakan baby dari pukul 9 pagi sampailah 9 malam sebanyak 10 kali. Misi kata kita akan rasa dia bergerak dalam satu masa maknanya kira sebagai 1 kali. Kemudian baby bergerak lagi maknanya itu pergerakan kali ke 2. Cuma yang aku konpius kalau baby tu mengeras macam mana? Ada yang cakap kira je. Sekarang ni dah nak dekat minggu ke 30, aku rasa baby macam dok regangkan tangan atau kaki dia. Sampai terasa kuat kat perut ni. Dulu kecik lembut je, sekarang dah besar ni hmm..sampai terkejut ibu dia.

Ada sekali dua tu rasa dia bergerak pada waktu malam dan sangat aktif tapi bila siang hari ya Ampun nak kena gosok perut dan pujuk dia atau cakap dengan dia dulu baru la terasa sikit pergerakan baby tu. (kenapa la anak ibu macam ni yer..) . Risau jugak sebab dah nak pukul 9 malam dia asik slow je. Sampaikan orang kata minum ais suruh dia rasa terkejut dan dia akan bergerak. Kalau ayah dia usap perut ibu dia lagi lah tak bergerak langsung. (dia merajuk kot. ..haha)

Okay, thank you for reading my entry!!

Much Love,



Sunday 18 January 2015

Checklist persiapan barang baby : new born


Assalamualaikum..

Bulan january ni dah masuk 7 bulan ( sekarang ni dah 28 minggu), so orang kata dah boleh buat persiapan barang baby. Mak pesan jangan beli banyak baju,katanya baby cepat besar. Dia suh beli sikit-sikit je. Aku pun memang tak ada langsung buat persiapan. Baju baby, barang mandian , tempat tidur dan lain-lain. Memang tak ada idea langsung tentang persiapan barang baby walaupun hampir 2 bulan lagi untuk bersalin. (takutnya..)

Ini pertama kali kan nak bersedia jadi parents, dulu bergantung dekat mak dengan abah kita je. So bila dah ada anak tak tahu la feeling dia macam mana.

Aku mula la google pasal checklist untuk newborn baby. Memang ramai blogger yang bagi tips dan checklist tapi tak ramai yang cakap berapa helai nak beli. Aku sangat-sangat la keliru. Berapa nak pasang nak beli agaknya. So, aku pun cedok dari blogger sana dan blogger sini . Setakat ni, aku baru senaraikan beberapa kategori. Akhirnya dapat list sendiri. 

Checklist persiapan barang baby:

Untuk Baby -
      
Kategori 1: (Pakaian)
  • Baju lengan pendek 
  • Seluar pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar panjang
  • Baju lubang-lubang(lengan Panjang & pendek)
  • Seluar lubang-lubang (panjang & pendek)
  • Rompers
  • Mittens
  • booties
  • Topi
Kategori 2 : (Bathing)

# Update soon.

tak sabar nak jugak publish walaupun tak siap lagi. haha..maafkan daku!!


Much love,


Sunday 4 January 2015

Majlis Pertunangan my lil sis


Assalamualaikum..

Tahniah kepada adikku, selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatimu. (cewahh mesti kau ketawa berdekah-dekah kan aku tulis ni..). BTW congrats my dear! Satu-satunya adik perempuan aku. (zakur jgn jeles pulak!)

Dulu masa kecik aku teringat yang aku pernah buli dia. Sebab perangai dia yang suka merepot dekat arwah abah. Jadi aku pun memulakan sesi membuli. Al maklum la kakak dia kan dah besar. Tapi yang peliknya pantang kalau ada orang buli adik aku. Siap dulu masa kat flat Ampat Tin, aku ada cari gaduh dengan budak situ jugak. Siapa buli adik aku, jaga la. Konon tu trademark dulu. hehe. Sekarang ni suh cik abang jaga kan kau eh! tak kuasa ahkak.

Okay la move on next topic, majlis tunang dia ni memang agak cepat dan paling tercepat famili aku pernah buat majlis. Mula-mula tak nak buat majlis nak tunang nak akad nikah nikah terus. But lastly cancel ! nikah tahun depan (2015).









Kek beli dekat area rumah je



Veil tempah online je. Punya lah susah nak cari color beige. Last amik yang off white je.


Kawan-kawan mak yang banyak tolong untuk majlis ni. TQ acik2


selfie ke wefie ke ni?




with her best fren 4eva



Much Love.

Friday 2 January 2015

Best Moment in 2014


Assalamualaikum...

Hari ni dah 2/1/2015, tapi aku nak flashback balik untuk tahun 2014 dalam satu post.Ringkasan untuk tahun 2014 sahaja. Ada jugak yang tak masukkan. Kebanyakan gambar dari memori handphone, InsyaAllah kalau ada yang terlepas akan aku cuba masukkan balik. So here is my best moment in 2014. AMARAN !! Banyak gambar dalam post ni, so pada sesiapa yang internet lembap tu ucapkan bye-bye je! ^,^

Laketoba,Indonesia





Pecutian yang sangat singkat, 3hari 2 malam. Perkara yang paling tak boleh di lupakan adalah our luggage hilang. yang mana pakaian semua ada dalam tu. ye kami laki bini kehilangan luggage. tunggu punya tunggu tak ada! muka dah cuak semacam. husband pun dah bengang je. Tapi sedapkan hati je. Nanti dah sampai kampung tuk tuk boleh beli baju baru. Alhamdulillah sampai sana kitaorang beli baju baru. Tour guide bagitau kena tawar 50% dengan orang batak ni. 


Travel to Kuantan,Pahang




Travel dengan bas pergi Kuantan, Pahang untuk kenduri kahwin cousin husband. First time pergi naik bas, lagipun memang banyak benda yang berlaku. Masa bertolak pergi aku dengan husband naik cab tapi sampai Pudu TIKET bas HILANG. Ya Allah!! memang gelabah giler al maklumla dah tengah malam. Then beli tiket baru dan bertolak pukul 12 malam. Sampai Kuantan dalam pukul 4 pagi. Naik pulak cab nak pergi ke hotel. Tapi pakcik teksi tu bawak pusing-pusing bandar kuantan 3,4 kali entah kat mana tempat tu dia pun tak tahu. Pastu husband suruh stop je kat tepi bank tak silap dan suruh parents dia ambik. Nasib sampai jugak walaupun dah pagi buta. 

Lepas kenduri kahwin, pergi jalan-jalan ke Teluk Cempedak. YES, pertama kali juga sampai ke sini. Seronok tengok pemandangan dan lain-lain lagi. So, kat situ memandangkan aku tak bawa baju lebih , aku beli baju kaftan 2 helai RM 30. Sampai sekarang pakai. Pastu tengok adik ipar buat henna, which is my favorite! so, aku pun buat jugak! Teringat masa kahwin dulu...memang suka sangat buat henna. Memori yang tak dapat di lupakan aku terlupa bawak Eyeliner. Bayangkan foundation dan bedak semua bawak tapi eyeliner je tak bawak! Apa lah ! nasib adik iparku jenis yang comel dan cantik nie bagi pinjam! Tenkiu dear!

Birthday mak dengan adik.





Masa birthday adik aku weolls pergi secret recipe je. Kononnya nak buat birthday sekali dengan akief (cousin). So sebabkan nak bajet beli 1 slice kek untuk 2 orang. Choc indulgence dengan red velvet. Pastu tomyam kung makan dan kongsi 4 orang. Bajet sangat kan? hahaha

Birthday mak pun sama pergi secret recipe juga. This time pergi dekat pj old town secret recipe tapi masa ni ada isu air. Jadi dorang tak dapat serve tomyam kung. Disebabkan nak bawak juga mak makan tomyam kung so weolls pergi dekat amcorp mall secret recipe, Alhamdulillah ada! btw Sorry zakur gambar kau tak ada!

Happy Mother's Day





11 May, Hari Ibu. Weoll anak-anak tak pernah buat yang special untuk mak so ni kali pertama bawak dia pergi makan untuk hari ibu. Macam merajuk juga, anak-anak tak buat apa. Hehe..so jangan tunggu sampai mak merajuk! Mula tu nak ajak makan dekat seoul garden. Tapi dah pukul 9 malam kan. macam tak berbaloi je bayar rm50 seorang untuk 1 jam lebih lagi nak tutup kedai. Betul tak? Lagipun mak kata dia tak minat pergi situ. fancy sangat agaknya! Alih-alih weoll pergi dekat Bulgogi Brother's je. Makan daging grill jugak. Perghh sedap

Selamat hari raya!




Bulan Puasa tak silap aku dengan husband balik awal kampung. Balik naik flight (air asia), tapi dalam pukul 2 pagi macam tu kot dengar berita psal MH 17. Terkejut sangat! Ingatkan flight kitaorg delay ke apa ke. Alhamdulilah tak. btw masa pergi ke KLIA 2 dan sampai ke kelantan pun aku cepat penat dan letih. Tidur je. agaknya itu memang dah tanda awal pregnant kot. Masa pergi terawih pun aku cepat mengah.

Lepas raya, Untuk Bulan Ogos dan seterusnya selepas aku pregnant memang dah jarang berjalan. Lagi-lagi bila dah admit hospital. Sedey tau..kita pun nak berjalan-jalan jugak!

Akan bersambung..InshaAllah---> untuk update gambar baru !

p/s : x minta izin pun dari tuan punya diri dalam gambar ini untuk di upload kan. harap maafkan daku. kalau uoll tak suka bagitahu ehh...Suka pun bagitau jugak...

Terima Kasih sudi baca !

Salam Sayang,



Thursday 1 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

As Salam 



Cepat sungguh masa berlalu, nak tak nak sekarang dah tahun baru. 2015. Jangan pulak tertulis dalam diari atau buku 1.1.14 pulak memang lah sengal ! ehehe. Bukan apa teringat memori masa sekolah dulu, selalu tulis yang last year punya year. Even cikgu pun buat mistake

Azam tahun baru? emm ada ke aku azam. Rasa nya azam tahun lepas (klik sini) dan tahun lepas dan tahun lepas pun tak tertunai lagi. Hajat tak tercapai. harapan tu memang ada cuma entah bila akan menjadi realiti.

Hari berlalu dan setiap hari akan berganti dengan hari yang baru. Sama ada kita buat yang terbaik untuk semalam dan esok adalah azam yang baru. Betul tak? Hari ni asik kena marah je dan kita berharap esok akan jadi lebih baik. 

Bak apapun tahun ini insyaAllah akan ada orang baru. So ada tanggungjawab baru. Jadi perasaan tu takut, suka, gembira,risau hmm semua adalah. Agak-agak dapat buat yang terbaik tak ataupun sebaliknya. 

Ok la selamat tahun baru uoll...2014 selamat tinggal. 2015 selamat datang.

Salam sayang,